Dalam memastikan para jemaah dapat menunaikan ibadat dengan selesa, terutamanya yang berkeluarga dan mempunyai anak-anak kecil, pihak Masjid Al-Hasanah seperti tahun-tahun sebelum ini telah menyediakan perkhidmatan Nurseri Ramadhan secara PERCUMA.
Tiga bilik khas telah disediakan buat ibuayah yang membawa anak-anak kecil ke Masjid Al-Hasanah:
1. Stesen 1 (Bayi berumur 4 bulan -1 Tahun)
2. Stesen 2 (Kanak-kanak 2-3 tahun)
3. Stesen 3 (Kanak-kanak 4-6 tahun)
8.00 mlm sehingga selesai 8 Rakaat Solat Terawih
Sehingga hujung Ramadhan
Dewan Seminar dan Bilik Tutorial, Masjid Al-Hasanah.
Selain itu, keselamatan sekeliling kawasan masjid juga dikawal oleh pihak sukarelawan masjid (memakai vest masjid) dan telah ditempatkan di beberapa kawasan check point, iaitu:
4. Ruang-ruang legar koridor
5. Kawasan Playground
6. Dewan solat muslimat
7. Dewan solat muslimat tingkat atas
Dengan rendah hati, pihak masjid menjemput semua mengimarahkan masjid kita ini bersempena kehadiran Ramadhan Al-Mubarak. Masjid juga dibuka bagi para jemaah yang ingin melakukan Qiamullail (bermula 4.00 pagi) dan Berikhtikaf bermula pada malam ini. Sahur turut disediakan, InshaAllah.
Mudahan ibuayah lebih tenang dan fokus beribadah. Pihak masjid turut mengundang semua bersama-sama berbuka puasa beramai-ramai @ Iftar Jamie di Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi. Dikongsikan suasana Masjid Al-Hasanah, pada malam pertama Ramadhan 1445H kali ini. Ahlan wa Sahlan Ya Ramadhan.
INFAQ IHYA RAMADHAN MASJID AL-HASANAH, BANDAR BARU BANGI:
https://www.qlicknpay.com/s?a10611-INV27221331
Mudahan diganjari dgn syurga tertinggi Allah kelak kepada para penyumbang dermawan, InshaAllah.