Alhamdulillah, telah berlangsung Persidangan Antarabangsa Masjid, Zakat & Wakaf (I-MAF) Kali Ke-12/2026 pada 15 September 2026 bertempat di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi.
Salah satu pengisian utama persidangan ialah forum bertajuk “Peranan Transformasi Digital dan Kecerdasan Buatan dalam Pengurusan Masjid, Zakat dan Wakaf”.
Forum ini telah dikendalikan oleh Ustaz Muhammad Fairuz Bin Yusoff, Nazir Masjid Al-Azhar, UIS selaku moderator, bersama tiga orang panel iaitu Ustaz Mohd Safian Bin Abdul Rahman, Nazir Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi ; Dr. Ridzwan Bin Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wakaf Malaysia ; serta Encik Mohd Fauzi Bin Mohd Yusoff, Ketua Divisyen Teknologi Maklumat LZS .
Perbincangan ini mengupas peranan transformasi digital dan kecerdasan buatan (AI) dalam memperkukuh pengurusan masjid, zakat dan wakaf, di samping melihat potensi teknologi dalam meningkatkan kecekapan pengurusan serta penyampaian manfaat kepada masyarakat.
Semoga perkongsian dan ilmu yang diperoleh melalui persidangan ini dapat diterjemahkan kepada inovasi serta penambahbaikan dalam pengurusan institusi Islam, seterusnya memberi manfaat yang lebih besar kepada ummah. 🤲🏻💚

