VISI

Masjid Pusat Komuniti Yang Unggul

MISI

Menyediakan prasarana yang selesa dan kondusif kepada jemaah dan ahli kariah untuk melaksanakan ibadat, meningkatkan kefahaman agama dan kebajikan masyarakat

PRINSIP

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menunaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."       (Surah An-Nisa' ayat 58)

FUNGSI

  • 1. Tempat untuk orang Islam beribadat terutamanya mendirikan solat dan kegiatan agama Islam yang berlandaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Asya’irah dan Maturidiyyah).
  • 2. Pusat perpaduan umat Islam.
  • 3. Pusat komuniti masyarakat.
  • 4. Pusat kegiatan agama Islam dan penyebaran dakwah.
  • 5. Pusat sehenti ahli kariah dan pusat sumber maklumat untuk Majlis Agama
        Islam Selangor.

OBJEKTIF

  1. Meningkatkan syiar Islam bagi membina masyarakat bertaqwa, berilmu, jati diri tinggi dan
    bersatu padu.
  2. Menggandakan aktiviti untuk membimbing golongan muda ke arah pembangunan diri dan
    kesanggupan memikul tanggungjawab membangun ummah.
  3. Menaik taraf prasarana masjid sesuai dengan pusat penjanaan ilmu dan mengembangkan
    syiar Islam secara berterusan.