Piagam Pelanggan
-
Memastikan laungan azan sentiasa berkumandang setiap waktu solat tepat pada waktunya dengan memastikan Imam bersedia untuk menjalankan tugas.
-
Menyediakan tempat ibadah yang suci, bersih, selesa dan selamat agar jemaah dapat melaksanakan ibadah dengan sempurna.
- Merancang program-program pengimarahan dan peningkatan ilmu secara istiqamah yang mensasarkan keperluan pelbagai lapisan masyarakat.
-
Meningkatkan kualiti pentadbiran dan pengurusan kewangan masjid secara profesional.
-
Menjadikan masjid sebagai pusat sehenti bagi masyarakat setempat melalui penyediaan fasiliti, pengurusan jenazah, khidmat urusan pernikahan, kaunter bantuan asnaf, kaunter khidmat nasihat dan lain-lain.
- Bersedia bekerjasama dengan badan kerajaan, swasta dan NGO dalam sebarang aktiviti dan pengimarahan masjid yang bersesuaian dengan objektif masjid.
