Terima kasih kepada anak kariah dan semua yang menyumbang tenaga dan sumbangan bagi menjayakan Gotong-Royong Memasak Bubur Lambuk ini.
Untuk makluman, projek tahunan setiap kali hujung minggu (Sabtu dan Ahad) di bulan Ramadhan ini berjaya menghasilkan lebih kurang 1400 bungkus bubur lambuk. Projek bermula jam 7.30 pagi dan edaran kepada tetamu Allah akan bermula selepas solat fardhu Zohor.
Tuan-tuan, puan-puan boleh dapatkan bubur lambuk dilaluan bersebelahan dengan Pusat Penyembelihan masjid. Dijemput semua untuk sama-sama membantu dan memeriahkan gotong-royong esok, dan minggu-minggu akan datang.
Untuk sumbangan:
INFAQ IHYA’ RAMADHAN 1444H
Bank Islam
12 0290 1002 1311
Jawatankuasa Masjid Al-Hasanah
atau klik link di bawah: