Projek Rintis Masjid Hijau

Alhamdulillah, Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi telah dipilih untuk menjalankan projek rintis Masjid Hijau. Semoga usaha ini mendatangkan hasil yang baik. Aamiin🤲🏻
 
Untuk pengetahuan para jemaah, Masjid Al-Hasanah telah memulakan beberapa projek hijau di masjid seperti mewujudkan Pusat Pengumpulan Minyak Masak, Pusat Kitar Semula, Telaga Tiub dan Sistem Penapisan Air, Projek Kebun Bandar ‘Urban Kit’ dan akan datang iaitu Pemasangan Sistem Solar yang mampu memberi penjimatan penggunaan tenaga dan pelbagai penjimatan lain.
 
Justeru, pihak masjid ingin menyeru orang ramai untuk bersama-sama dalam menjayakan projek hijau ini agar alam sekitar kita terpelihara sehingga generasi akan datang. Inilah amanah Allah.