Jawatankuasa Masjid Al-Hasanah Bandar baru Bangi Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi sedang dalam proses untuk mengumpulkan sejumlah dana bagi menambah baik Masjid kami ini atau kami panggil ini sebagai Fasa 2. Kalau sesiapa yang pergi ke Bandar Baru Bangi pasti akan nampak sebuah masjid yang berkubah Hijau yang cantik sekali dalam jarak jauh lagi kita sudah boleh nampak.
Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi telah siap dibina pada tahun 1998 dengan kos pembinaan sebanyak RM2 Juta. Masjid ini dapat menampung seramai 3,000 jemaah dan keunikan kubah hijaunya menjadi mercu tanda utama Bandar Baru Bangi.
Permasalahan utama :-
Pertama. Hampir keseluruhan bangunan telah mengalami keusangan dan kerosakan terutamanya kubah dan bumbung bangunan. Kebocoran kerap berlaku di sana sini terutama ketika hujan lebat.
Kedua. Permukaan dinding bangunan juga kelihatan usang dan berkulat dan perlu di baiki dan dicat semula.
Dan yang ketiga. Sistem pendawaian menghadapai pelbagai masalah.
Usaha-usaha untuk memperbaiki Masjid ini telah bermula pada awal tahun 2020 lagi.
Malangnya Pendemik Covid 19 yang telah melanda Dunia termasuk negara kita menyebabkan kerja-kerja pembaikan dan peningkatan tergendala pada waktu itu.
Alhamdulillah pihak JAIS telah meluluskan permohonan daripada Masjid Al-Hasanah untuk membaik pulih bangunan dan sistem pendawaian masjid.
Dengan kelulusan tersebut dapatlah kami bertemu dengan anda semua di kaca TV ini bagi memenuhi hasrat penduduk bandar baru Bangi ini untuk menjayakan kempen mengumpul
Dana Wakaf Projek Pemulihan Masjid Al-Hasanah ini.
Projek Pemulihan Fasa 1 sebelum ini kita tumpukan kepada luaran Masjid, menumpukan kepada kerja-kerja pemulihan, pembaikan dan pengindahan Masjid. Pendekatan kami bukan sahaja untuk memberi keselesaan kepada jemaah malahan kami berusaha untuk mengimarahkan syiar agama Islam di Bandar Baru Bangi.
Alhamdulillah Fasa 1 telah selesai.
Dan kini kami sedang dalam usaha melaksanakan perancangan pemulihan Masjid ini bagi
Fasa ke-2 melibatkan komponen projek pemulihan perkara seperti berikut :-
• Pendawaian Sistem Penghawa Dingin.
• Pendawaian Sistem Audio
• Pendawaian Semula Elektrik.
• Pemulihan Mihrab dan kerja² yg berkaitan.
• Pemulihan Dewan Seminar
• Pemulihan Bilik Sumber
• Pemulihan Dataran Kafa
• Ruang Serbaguna, Bilik² Tutorial dan sebagainya
Wakaf secara online di https://masjidalhasanah.com/product/tabung-wakaf-pemulihan/


