Majlis Tahlil Bulan Ramadan Masjid Al-Hasanah Tahun 1445H/2024M

Bersempena dengan bulan Ramadan 1445H, Masjid Al-Hasanah akan mengadakan Majlis Tahlil sepanjang bulan Ramadan ini. Majlis Tahlil ini akan dijalankan setengah jam sebelum waktu berbuka puasa.

Para jemaah yang berminat untuk sertai, bolehlah mendapatkan borang tahlil di Pejabat Masjid Al-Hasanah atau pintu masuk Dewan Muslimin dan Muslimat (sila ambil di kotak yang telah disediakan).

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan ke Pejabat Masjid atau kepada Siak yang bertugas.