Alhamdulillah, hari ini seramai 110 orang murid Tahun 5 dari Sekolah Rendah Integrasi Tahfiz Ilmuwan (SRITIN) telah hadir ke Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi untuk mengikuti sesi pembelajaran pengurusan jenazah.
Program ini merangkumi pembelajaran dari ilmu asas sehinggalah ke praktikal, bagi memberi pendedahan sebenar kepada para pelajar tentang kepentingan fardhu kifayah dalam kehidupan seorang Muslim.
Lebih menarik, turut diadakan pertandingan mengkafan jenazah sebagai aktiviti pengukuhan ilmu, sekaligus menjadikan sesi pembelajaran lebih interaktif dan bermakna.
Semoga ilmu yang dipelajari ini menjadi bekalan berharga dan diamalkan pada masa akan datang





